PENGENALAN TAMADUN CINA
Tamadun Cina merupakan salah sebuah tamadun tertua di dunia.
Tamadun ini dibina dan diperkembangkan selama 4000 tahun telah membawa kepada
kegemilangan dalam beberapa bidang seperti pentadbiran, falsafah, sastera,
unsur moral, penciptaan dan sains. Kegemilangan ini membawa kemajuan dan
kemakmuran kepada tamadun ini serta memberi sumbangan kepada kehidupan
masyarakat di dunia pada hari ini.
Tamadun Cina juga
menyamai tamadun-tamadun tua yang lain seperti tamadun Mesopotamia, Tamadun
Mesir, Tamadun India dan Tamadun Greek. Walaupun kemunculannya tidak sama namun
pencapainya adalah standing dengan tamadun-tamadun tadi. Sebagai contoh
pembinaan Tembok Besar China merupakan salah satu dari tujuh benda ajaib di
dunia. Ia seiringan dengan Piramid di Mesir, Taman Bergantung Babylon di Iran
dan Taj Mahal di India.
Tamadun Cina boleh dibahagikan kepada beberapa tahap
pembinaan, perkembangan dan kejatuhan. Namun tahap-tahap ini bukanlah satu yang
selalu mencapai zaman kegemilangan tapi arus perubahan masa membantu ketahanan
tamadun china dan jadi lebih gemilang.
Zaman pembinaan:
Zaman keagungan:
Dinasti Han merupakan dinasti teragung dalam sejarah Tamadun
China. Hal ini kerana Dinasti Han dikagumi oleh masyarakat China sehingga
mengelarkan diri mereka sebagai orang Han. Antara pencapaian agung dalam
Dinasti ini ialah bidang pentadbiran kerana mempunyai system pemerintahan yang
cekap dan berkesan bagi seluruh wilayah. Keagungan ini berakhir apabila berlaku
pemberontakan dalaman. Keadaan ini membawa kepada zaman kekacauan dan
perpecahan selama 350 tahun. Walaupun pada awalnya China dapat disatukan dibawah
Dinasti Chin Barat. Namun perpaduan ini gagal bertahan lama atas sebab
pemberontakan yang dilakukan oleh lapan orang putera maharaja dan serangan
orang kasar.
Kestabilan dan keamanan di China digangukan
dan zaman ini berakhir apabila Dinasti Sui menyatukan China. Tetapi Zaman
pemerintahan Dinasti Sui adalah singkat kerana Maharaja Yang Ti menjalankan
dasar penindasan ke atas rakyatnya dan timbul pemberontakan dalam negeri.
Dengan itu, Dinasti Tang mengantikannya dan berjaya membina keagungan Tamadun
China. Pencapaian yang dicapai oleh dinasti ini serupa dengan pencapaian yang
dihasil oleh Dinasti Han. Negara China disusun semula dengan pentadbiran yang teratur.
Sistem banci dan kerahan dipulihkan semula. Manakala Empayar Tang dibesarkan
lagi sehingga melebihi keluasan empayar Zaman Han. Keistimewaan Dinasti Tang
adalah zaman keemasan dalam bidang kesusasteraan Cina.
Zaman peralihan
Zaman ini merupakan zaman pencerobohan orang gasar ke atas
China sehingga membawa kepada China diperintah oleh orang luar. Dua
pemerintahan asing muncul di Negara China ialah pimpinan orang Mongol dan orang
Manchu. Namun pada masa itu orang Cina cuba membebaskan diri daripada
penaklukan asing ini. Dengan itu, Dinasti Ming telah muncul di tengah-tengah
dua dinasti asing dan usaha untuk memulihkan kerajaan dalam keadaan
ketenteraman. Namun demikian akibat daripada kelalaian dan sikap yang tidak
menjalankan interaksi positif akhirnya Tamadun China menghadapi ancaman dari
kuasa Barat pada abad ke-19.
Zaman
moden:
Zaman ini dilihat sebagai tahap pencerobohan
kuasa asing di China. Hal ini demikian kerana sikap yang tidak berubah-ubah.
Tamadun China hampir mengalami keruntuhan, namun nilai-nilai lama yang ada pada
tamadun ini dan pengalaman para pemimpin Cina membuatkan tamadun ini kekal
hingga hari ini.
Casinos & Betting Promos - Jackson, NC - JTA Hub
ReplyDeleteCasinos & Betting Promos 광명 출장샵 · 원주 출장마사지 Hollywood Casino at Hollywood Casino at Charles Town Races · Grand Victoria's Race 안동 출장마사지 and Sportsbook at 화성 출장안마 Hollywood Casino at Charles 동해 출장안마 Town