Saturday, May 12, 2018

PENDIDIKAN | SISTEM PEPERIKSAAN

Tamadun awal China yang telahpun mempunyai tulisannya yang tersendiri itu membolehkan orang-orang China pandai menulis dan membaca tetapi tehad di kalangan golongan bangsawan sahaja. Orang-orang China tamadun awal juga mempelajari dan percaya kepada ilmu nujum . TamadunChina sangat menghargai pendidikan, perniagaan dan kesusasteraan dan membenci peperangan. Ibu bapa China lebih gemar anak-anak mereka mengikuti kurikulum yang bercorak akademik dan apabila lulus terus memasuki peperiksaan awam untuk bekerja sebagai pegawai kerajaan. Peperiksaan ini dijalankan di bawah kawalan yang amat ketat dan jika berlaku penipuan, hukumannya ialah hukuman mati. Perkembangan pendidikan di negara China membawa kepada kemunculan ahli-ahli falsahanya dan sebab itulah sering dikaitkan dengan ajaran dan pemikiran-pemikiran ahli-ahli falsafah mereka seperti Confucius, Lao-tze, Chuang-tzu dan pendeta-pendeta agama Buddha. Dengan penyebaran agama Buddha di negara China, terdapat segolongan yang berminat terhadap pengkajian ilmu agama Buddha ini. Pengkajian dilakukan di kuil-kuil dan kemudian cuba mendalaminya dengan menjelajah hingga ke India seperti Hsuan-tsang. Pada zaman Dinasti Han, perkembangan ilmu menjadi bertambah pesat. Di sinil muncul sarjana yang mengkaji buku-buku lama dan cuba menghidupkan kembali kesusasteraan purba terutamanya oleh penyelidik-penyelidik sejarah sarjana Han. Ahli-ahli sejarah juga membuat kajian tentang zaman lampau melalui catatan-catatan yang tersimpan di istana. Dinasti Han juga turut menghasilkan 3 buah kamus. Kelemahan Dinasti Han dan serangan orang-oang tartar menyebabkan kemerosotan pendidikan di negara China.


Sistem Peperiksaan


Maharani China.

  Tahap memilih calon peperiksaan:

  • mengandungi tiga tahap
  •  tahap pertama/Hsiu Tai
  •  tahap kedua/Chun-Jen
  •  tahap ketiga/Chin-Ship
  • tahap pertama setaraf ijazah pertama
  • tahap kedua setaraf dengan sarjana
  • tahap ketiga setaraf doktor falsafah
  • peperiksaan tahap pertama dijalankan di daerah
  • peperiksaan tahap kedua di ibu kota daerah
  • tahap ketiga di ibu kota empayar yang bertempat di istana/di hadapan maharaja
  • lulus tahap pertama berpeluang menjadi pegawai kerajaan
  • lulus tahap ketiga layak menjadi pendidik
  • peperiksaan tahap pertama diadakan dua kali dalam tempoh tiga tahun
  • peperiksaan tahap kedua dan ketiga diadakan tiga tahun sekali
  • sistem peperiksaan awam China adalah yang tertua di dunia
  • peperiksaan ini dikendalikan dengan ketat
  • mereka yang didapati meniru dikenakan hukuman mati
  • pemeriksa dikurung sebelum tiba hari peperiksaan
  • calon akan ditempatkan dalam bilik dengan disediakan makanan
  • calon dikurung selama tiga hari untuk menulis jawapan

6 comments: