Tuesday, May 8, 2018

SUMBANGAN TAMADUN CINA TERHADAP TAMADUN MALAYSIA


Sumbangan Tamadun Cina Terhadap Tamadun Malaysia



a)  ALAM SEKITAR 

Hidup harmoni dengan alam sekitar merupakan satu prinsip yang diterima ~mua agama. Berdasarkan pengajaran sesetengah agama, alam sekitar dilihat sebagai tmgerah Tuhan. Manusia pula dipertanggungjawabkan sebagai khalifah (Custodian tau Steward) yang berperanan sebagai penjaga alam sekitar. Bagi Islam, Buddhisme dan beberapa aliran Kristian memelihara alam sekitar bermakna menggunakan tmgerah Tuhan secara bertanggungjawab. Tetapi dalam tamadun tertentu, memelihara alam sekitar diberi pentafsiran pasif sehingga alam sekitar itu disembah an dilihat sebagai Divine Power. Sungguhpun terdapat perbezaan ini, tamadun-tamadun tradisional secara umum tidak memusnahkan alam sekitar. Sesetengah pihak lempunyai tanggapan bahawa keadaan ini mungkin disebabkan tahap teknologi yang lasih rendah pada zaman itu. Bagaimanapun, haruslah disedari bahawa penciptaan ~knologi dan penggunaannya sangat dipengaruhi oleh pandangan semesta sesuatu lmadUl). atau pengamalan budaya. 

b)  KEKELUARGAAN 

Prinsip yang meletakkan keluarga sebagai asas pembentukan masyarakat begitu ihayati oleh tamadun-tamadun tradisional. Keluarga yang dimaksudkan pada lzimnya adalah keluarga extended. Dalam sesebuah keluarga wujud hierarki kuasa ang menentukan kedudukan kaum lelaki dan kedudukan kaum perempuan. engamalan seperti ini telah menjadi warisan turun-temurun dalam sesebuah keluarga tradisional. Menurut konfusianisme kesetiaan dan pertalian yang erat merupakan onsep kekeluargaan yang paling penting. Pengabaian terhadap konsep kekeluargaan ~perti ini merupakan penafian hak seseorang dan bertentangan dengan keadilan. :onsep kekeluargaan dalam pengajaran Islam pula begitu mementingkan kasih sayang an hormat-menghormati. Be:rdasarkan hakikat tersebut, bukanlah persoalan edudukan kaum lelaki dan kaum perempuan dalam sesebuah keluarga itu yang lenjadi persoalan utama, tetapi setiap mereka harus menunaikan tanggungjawab lasing-masing dalam lingkungan kasih sayang dan hormat-menghormati. 

Image result for keluarga tamadun china

c)  KOMUNITI 

Komuniti merupakan satu persoalan yang begitu penting dalam setiap tamadun tradisional. Tidak boleh dinafikan bahawa komuniti sangat berpengaruh dalam menentukan personaliti dan identiti seseorang manusia. Komuniti juga dapat memastikan bahawa nilai-nilai dan norma-norma murni dalam masyarakat sentiasa dihormati. Di samping itu, komuniti dapat memberi sokongan moral, material dan psikologikal kepada anggota-anggotanya. Dikotomi perseorangan (individu) dan komuniti jarang wujud dalam masyarakat tradisional. Kedua-dua pihak berpegang pada nilai-nilai moral tertentu yang lazimnya bersumberkan agama atau kuasa transenden. Bagaimanapun, fenomena seperti ini bukanlah bermakna seseorang itu tidak mempunyai identiti tersendiri dalam komuniti tradisional. Dalam sejarah ketamadunan manusia, dapat diperhatikan bagaimana identiti seseorang dan kemantapan komuniti mencapai keseimbangan dalam beberapa tradisi tertentu seperti Islam dan Buddhisme.

d)  KERAJAAN 

Falsafah tamadun-tamadun tradisional begitu menekankan persoalan moral atau akhlak sebagai dasar sesebuah kerajaan. Peranan dan tanggungjawab kerajaan dijelaskan melalui peranan dan tanggungjawab seseorang raja. Sifat-sifat raja yang saksama dan adil merupakan tema utama tamadun-tamadun silam. Dalam tamadun China, tulisan Moh- Tze, Lao- Tze, Kung Fu- Tze, Meng Tze dan beberapa tokoh yang lain sangat menekankan perkara ini. Begitu juga dalam India; Kautilya membincangkan ciri-ciri kepimpinan yang saksama dan adil, seperti juga al-Farabi, al-Mawardi, al-Ghazali dan Ibn Khaldun dalam Islam yang turut menumpukan perhatian kepada persoalan yang sarna. Kesetiaan kepada raja dan perlindungan yang diberikan oleh raja kepada rakyat merupakan dimensi penting kerajaan dalam tamadun-tamadun tradisional. Namun demikian, kesetiaan yang diberikan oleh rakyat tetap berpandukan nilai-nilai moral. Sekiranya seseorang raja melanggar lunas-Iunas keadilan, maka ketika itu rakyat boleh menyanggah dengan tujuan untuk membetulkannya. 

Image result for kerajaan tamadun china

e)  KEGIATAN EKONOMI 

Dalam tamadun-tamadun tradisional, kegiatan ekonomi berlaku dalam konteks 'Moral Semesta' (Moral Universe). Dengan sebab itu wujud konsep hak-hak kehidupan dalam ajaran Buddhisme sebagaimana yang termaktub dalam eight fold path. Dalam ajaran Islam, prinsip yang berkaitan dengan halal dan haram mempunyai hubungan yang rapat dengan persoalan akhlak. Hakikat ini menjelaskan bahawa wujud kegiatan ekonomi yang boleh mempertingkatkan tahap moral manusia sebagaimana juga wujud kegiatan ekonomi yang boleh merosakkan moral manusia. Konsep 'wang', 'laba', 'ganjaran', 'pasaran' dan sebagainya sangat dipengaruhi oleh pertimbangan­pertimbangan moral. Bagaimanapun, kenyataan ini bukanlah bermakna tidak terdapat penipuan, rasuah atau bentuk-bentuk penyelewengan yang lain seperti dalam kegiatan ekonomi moden. Perkara yang membezakan ekonomi tamadun tradisional dari ekonomi zaman moden adalah kayu pengukurnya. 

f)  PENDIDIKAN 

Matlamat paling utama pendidikan dalam tamadun-tamadun tradisional adalah pembinaan sifat-sifat seseorang (character-building). Proses pengajaran ilmu mempunyai kaitan yang begitu rapat dengan matlamat murni ini. Dengan menyedari perkara tersebut, dimensi Inner Being begitu penting dalam konsep pendidikan Islam, Kristian, Hinduisme dan agama-agama yang lain. Manusia tidak digalakkan menguasai persekitaran luaran melalui pengetahuannya tentang alam tanpa perubahan dalaman yang dapat dilakukan melalui pengetahuan tentang dirinya. Cuma cara transformasi ini berlaku berbeza dari satu tradisi ke tradisi yang lain. Dalam ajaran Islam persoalan tauhid memainkan peranan penting dalam transformasi manusia, tetapi dalam ajaran Buddha dan beberapa ajaran Hindu, transformasi sifat dapat dicapai melalui proses mencari diri sendiri. 

Image result for pendidikan tamadun china

g)  KESIHATAN 

Seperti bidang pendidikan, ekonomi, pemerintahan kerajaan dan bidang-bidang masyarakat yang lain, konsep kesihatan dalam tamadun-tamadun tradisional tidak boleh dipisahkan daripada pandangan semesta sesebuah agama. Sifat penting konsep kesihatan tamadun-tamadun tradisional ialah pandangan dan pendekatan holistiknya. Holistik di sini bermakna suatu pandangan yang mengakui bahawa kesihatan seseorang dipengaruhi oleh alam sekitarnya yang lebih luas dan lebih menyeluruh. Konsep holistik berdasarkan idea bahawa segala-galanya yang wujud adalah saling berhubungan. Kesan besar daripada konsep holistik bagi rawatan penyakit begitu mendalam. Mengubati penyakit bermakna memulihkan keseimbangan seseorang dan melalui proses ini dapat dipulihkan keharmonian dalam tubuh badan pesakit dan seterusnya keseimbangan dalam kehidupannya. 


No comments:

Post a Comment